Sejarah Horand von Grafrath

Sebuah persatuan bernama Persatuan Filaks dibentuk di Jerman pada 1891, dengan niat pemiawaian baka anjing. Persatuan ini bubar pada 1894, tetapi ramai anggotanya terus menunjukkan ideologi yang digalakkan oleh persatuan berkenaan. Salah seorang anggota ini merupakan Kapten Max von Stephanitz, yang kini dihargai dengan menjadi bapa (pengasas) anjing gembala Jerman.[1] Pada 1899, sementara menghadiri suatu pertunjukan, von Stephanitz ditunjukkan seekor anjing bernama Hektor Linksrhein. Von Stephanitz dikagumkan oleh kecerdasan, kekuatan dan kepatuhan Hektor sehingga beliau membeli anjing tersebut serta-merta sebanyak 200 mark emas Jerman[2] dan serta-merta membentuk Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman (Bahasa Jerman: Verein für Deutsche Schäferhunde). Von Stephanitz mengagumi anjing ini kerana "fidelitinya terhadap tuan[nya]".[3] Von Stephanitz mengubah nama Hektor kepada Horand von Grafrath dan menyertakannya sebagai titik pusat bagi atur cara pembiakbakaan persatuan berkenaan. Anjing ini kemudian didaftarkan di bawah satu daftaran baka baharu, lalu menjadikan Horand con Grafrath sebagai anjing gembala Jerman pertama.[4][1][5]

Ramai pembiak baka pada masa itu mengidolakan Horand sebagai sebagai matlamat untuk memenuhi sifat anjing pekerja yang sepatutnya.[1]

Ada pernyataan bahawa Hektor Linksrhein berbahagian serigala: lihat kacukan anjing–serigala#Pembiakbakaan berdokumen.